|| Bahasa ||

Bahasa itu
indah.
mudah.
ludah.
lucah.

...

Bahasa itu
bicara.
namun bercara.
boleh cerca,
macam kaca.
boleh kata,
tutup mata.
boleh puja,
berjela-jela.

...

Bahasa itu
kata.
silap kata,
badan binasa.
sikap berbeda,
apa benda?

...

Bahasa itu
budi.
Manusia berbudi,
dibalas buli.
Budi dibawa mati,
Buli memakan hati.

...

Bahasa itu
toleransi.
Penting diri,
tolak ketepi.
Rendah diri,
lebih dihormati.

...

Bahasa itu
jatidiri.
Betul berdiri,
akan dipercayai.
Membuta tuli,
pergi mati.

...

Bahasa itu
percaya.
Harus dijaga,
bukan melaga.
Mesti dibaja,
bukan menjaja.

...

Bahasa itu
Cinta.
Membawa bahagia,
juga bencana.
Mendorong suka,
dan duka.
Apakan daya.
Manusia alpa.
Bahasa itu apa.
Suka hati mereka.
Apa?
Apa?

|| Babi Hutan di Alamanda Putrajaya ||

Percaya atau tidak tetapi itulah yang berlaku. Petang tadi aku dan zul berbuka puasa di Souq Putrajaya. Then untuk melepaskan kebosanan dan bagi memenuhi masa lapang untuk malam ni kami pergilah lepak di Alamanda Putrajaya. Hajatnya nak berjalan2 shj tapi tiba2 nak menonton wayang jadi aku dan zul pergilah ke Gsc beli tiket movie Death Race.Sementara nak tunggu tayangan berlangsung, kami pergilah lepak di area luar Gsc berdekatan taman tu.

Tengah rancak menghisap rokok dunhil dan semporna sambil berborak2, tiba2 kami dikejutkan dengan kehadiran seekor binatang yang saiznya lebih kurang mcm anjing yang muncul berhampiran tasik kt bawah tu, lebih kurang 30 meter dari tempat kami lepak. Setelah dikenal pasti rupa2nya binatang tersebut ialah seekor babi hutan dewasa yang sungguh besar. Dengan selamber dia berjalan2 terhenjut-henjut tanpa segan silu sambil mencari2 makanan kat area tepi tasik tu ( atas trek jogging pulak tuh). Bayangkanlah tuan puan..babi hutan di alamanda putrajaya..wow. Yang tak bole blah, selepas jangkawaktu lebih kurang 15minit, babi hutan td muncul kembali di area yang sama tempat dia lalu td. Babi hutan tu ibarat dah pergi kedai beli barang runcit then balik rumah lalu jalan yang sama.wow

Aku dan zul mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya yang berlaku. Ada beberapa inferens yang kami dah buat.
1. Babi tu tersesat dalam penghijrahan nya yang sepatutnya mungkin dari dengkil ke cyberjaya tapi melencong ke putrajaya pulak.
2. Babi telah mengalami satu revolusi baru. Dia dah tak nak hidup dalam hutan belantara tapi dah mula belajar untuk menyesuaikan diri hidup di kota metropolitan.
3. Babi tu babi jadian.
4. Babi tu babi belaan yang terlepas dari kandang.
5. Babi tu babi remote control.
6. Babi tu bukan spesis babi hutan, tapi spesis babi semaksamun, ataupun babi tasik. sebab kt area tuh mana ada hutan. semak samun skit2 adalar..tak pun tasik.

Apapun, kejadian ini merupakan fenomena baru di putrajaya. Jadi bagi sesiapa yang berminat dan mahu melihat babi hutan dengan lebih dekat, tidak perlulah ke zoo negara.Selamat datang ke zoo putrajaya.wow

Babi Hutan
Photo from www.flickr.com/photos/wearn

|| The Difference Maker ||


Attitude



"It is the vanguard of your true self.
Its root is invard but its is outward.
It is your best friend or worst enemy.
It is more honest and consistent about you than your words.
It is your outward look based on your past experiences.
It is what draws people to you or repels them.
It is never content until it is expressed.

It is the librarian of your past.

It is the speaker of your present.

It is the prophet of your future."

--------------------------------------------------------------

"Your attitude colors every aspect of your life.
It is like the mind's paintbrush"

--------------------------------------------------------------

"If you don't like something, change it.
If you can't change it, change your attitude.
Don't complain"
Poem by Maya Angelou

---------------------------------------------------------------

by John C.Maxwell The Difference Maker ISBN 0-7852-6098-6
Photo by Rezza

|| Penghujung Hari di Cyberjaya ||

Jumaat 26 September. Penghujung hari di cyberjaya sebelum tibanya hari raya aidilfitri yang akan menjelang 5 hari sahaja lagi, merupakan saat yang penuh dengan nilai-nilai keamanan, keharmonian, ketenangan dan juga kesunyian. Perasaan kegelisahan, kesedihan, kemarahan, kekecewaan dan kekusutan juga telah timbul sedikit namun ia tidak akan merapuhkan jiwa ini yang mahu nilai-nilai kebaikan dan ke'haidayahain' (hidayah) terus subur dan mekar dalam kehidupan seharian, semingguan, sebulanan dan setahunan.

Wajah-wajah yang selama bulan ramadhan ini menjadi peneman bersahur dan berbuka (dan mungkin juga berlunch..haha) kini akan berjauhan selama beberapa ketika. Ungkapan "you're not alone" petikan dari lagu you're not alone dari modern talking mungkin tidak akan didengari buat beberapa ketika dari rakan peneman yang masing-masing mempunyai karakter yang memahami dan menghiburkan, lebih-lebih lagi ketika aku kusut menyiapkan kerja-kerja assignment yang tak sudah-sudah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat. Mohon maaf kepada individu yang aku sayangi kerana terlalu mementingkan diri serta kerja sehingga mengabaikan saat dan masa yang seharusnya diluangkan bersama sepanjang semester ini. Maafkan aku. Aku ego dan bersalah.

Percutian yang ada ini walaupun tidaklah selama mana tapi akan ku manfaatkan dengan penuh hati-hati dan mahu diisi dengan unsur-unsur kasih sayang terutama bersama orang tuaku serta adik-beradikku. Disamping merehatkan pemikiran yang semakin berkarat dan rapuh ini. Wd-40 mungkin berguna.

Aku lelah
takpalah

Aku rebah
takpalah

Aku kebah
apalah

Aku mau ubah
bilalah

Akulah
lah?

abaikan...

|| TTB - Tension Tahap Babun ||

Tension tahap babun (TTB).

Pernah kah anda mengalami tekanan sedemikian? jika ada sila dapatkan bantuan perubatan segera kerana anda mungkin mengalami alergi terhadap penggunaan adobe after effect cs3 yang mana sedang berlaku terhadap saya.

Dalam kes seperti ini, anda akan mengalami masalah menggaru kepala seperti babun kerana tidak dapat memahami sepenuhnya fungsi2 di dalam perisian ini. Disamping itu didalam keadaan kronik, anda boleh bertindak hingga ke tahap mengetuk kepala ke screen laptop, menekan papan kekunci dengan kuat seperti bermain piano ala Maxim, menggigit kuku hingga pendek sehinggakan tiada kuku lagi yang boleh digigit ataupun memaki hamun syarikat adobe kerana mengeluarkan perisian dimana function help nya yang terlalu banyak perkataan berbanding gambarajah ataupun ilustrasi grafik yang lebih senang mudah dan cepat untuk difahami.

Ubat yang telah dikenalpasti bagi mengubati penyakit tension tahap babun (TTB) ini adalah seperti:
-Pil Buat Kerja Jangan Last Minute (BKJLM) keluaran Diri sendiri sdn bhd.
-Pil Jangan Tido Banyak (JTB) keluaran Sendiri mau ingat sdn bhd.
-Pil Jangan Melewe (JM) keluaran Padan muka hang sdn bhd.
-Pil Tanyalah Pada Yang Pakar (TPYP) keluaran Erwin & Bad Brothers bhd.
-Pil Bila Nak Sedar keluaran Lu pikirlah sendiri sdn bhd.

Kesemua ubat2an di atas boleh didapati secara percuma dengan hanya memberikan komen dan respon terhadap isu penyakit TTB yang dibincangkan diatas tetapi haruslah berunsurkan maki hamun, caci mencaci, hina dina, kutuk mengutuk serta belasah membelasah di dalam ruang yang telah disediakan. Komen berunsur nasihat yang lembut tidak dibenarkan sama sekali kerana ia tidak akan menyembuhkan dan memulihkan penyakit TTB ini.

Selamat membantu.

|| Experimental : Cinta Gila ||

Kejujuran..
bukan lagi sandaran.
Kepercayaan..
hanya pada perkataan.
Kesetiaan..
selalu dipersiakan.
Keinsafan..
hanya setelah ditinggalkan.

I love u,u love me..
itu sudah basi.
May i know u..
itu yang diburu.
Do u have facebook..
mulalah menyibuk.
U ade blog..
sungguh goblok.
Can i have your number..
dengan slumber.

Skandalisma..
penyakit utama.
Bini tua..
mula sengsara.
Bini muda..
alangkah bahagia.
Tapi itu semua..
dusta.
Itu semua..
sementara.
Itu semua..
gila.
Itu semua..
goda.

Penipuan..
nak se-chawan?
Tipu sunat..
sudah penat.
Tipu wajib..
ibarat mandi wajib.

Kembalikan..
keakraban.
Pulangkan..
kasih sayang.
Berikan..
perhatian.
Semaikan..
baja percintaan.
Suburilah..
nilai kesetiaan.

Berpeganglah.
Berdirilah.
Berjanjilah.

iyee lah... xP

|| Foolitic ||

Yaaaaaaaaaaa....yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
selamat bertemu kembali para pembaca pendengar pelihat penghidu dan pemerhati blog yang jauh dimata dekat dihati jauh ditelinga dekat dijari.
banyak isu yang berlaku baru-baru ini yang membuatkanku terfikir berfikir dan memikirkan akan inferens dan hipotisis terhadap setiap isu yang terbangkit di dalam benak pemikiran ini.

1stly tentang political issue berkaitan peralihan kuasa oleh PakLah kepada Najib yang dikhabarkan akan dipercepatkan/diperawalkan dari tarikh 2010 yang disebut-sebut sebelum ini. Nak ikutkan aku dah terlepas byk isu2 menarik berkaitan politik malaysia so this is the great time for me personally to update with these stuff atleast ada benda yang kita bole observe dan blaja kan...menarik2 sungguh menarik..wow

2ndly ni ada kaitan ttg politik jgak. Semlm aku blk rumah di cheras bukak posa alang2 cuti nuzul al-Quran. before masuk rumah aku saja2 lah check postbox kt rumah tu then ada 1surat ni atas nama aku rezza hafifi alias yang tertera urusan seri paduka baginda.aku igtkan surat saman lagi.kat belakang sampul surat tu ada printed Pejabat Menteri Besar Selangor. haiih..takan saman parking MPPJ pulak..argh aku bukak2 rupanya kad raya rasmi utk jemputan rasmi rumah terbuka menteri besar selangor sempena hari raya aidilfitri.hahaha aku tergelak beb..sejak bila aku pernah buat apa2 urusan dengan mana2 badan/kementerian negeri selangor apatah lagi urusan dgn menteri besar selangor yang kini diterajui oleh kerajaan pembangkang. nak kata aku ada berkawan dgn anak2 menteri besar tu mmg jauh panggang dari microwave. aku bukan pegawai kerajaan.later on fikir2 ada beberapa inferens yang dapat dibuat:

1. mungkin ia hanya jemputan biasa (random picked)
2. mungkin ia satu strategi politik menarik golongan muda spt aku ke majlis2 sedemikian
3. kebetulan kawasan rumah aku kt cheras tu di menangi oleh parti pembangkang masa pilihanraya yang lalu so maybe this is apart of their 'gift' to voters
but masa election dulu aku xgi pon mengundi...aku dh daftar sbg pengundi secara online but on the election day aku x dpt gi sbb shot org kawin.. :P
4. mungkin sbb aku ni hot stuf kot...haha menggelabah sungguh
5. aku blaja kt mmu cyberjaya yang dalam jajahan negeri selangor...tapi xlogik gak...kalu camtu baik jemput skali pakguard2 bangladesh kt pintu masuk mmu tu..
Konklusinya..jemputan yang aku dpt ni agak menarik..selalunya dulu2 dapat kad raya dari sdara mara ke...makwe ke..haha (perkataan makwe tu...sungguh tak tahan)..but then now dr kerajaan Selangor. Apa2pun mmg best. Terima kasih kerajaan negeri Selangor...

3rd. Ni agak menarik yg aku nak share lah dgn anda2 skalian...since aku interested dgn benda2 patriotism ni...semlm aku tgk satu movie ni..." Harold & Kumar - Escape From Guantanamo Bay"..sape2 yg dah tgk movie ni especially jantan2 yang bernafsu kuda surely dh jadi kuda dah..haha thats not the main issue. Ade beberapa dialog dlm movie tu yg menarik perhatian aku..






xtually tak kisah lah either kita ni american, european, singaporean, indonesian or malaysian..fikir2kan lah. any comment? wow

|| The Closest Thing to Crazy ||



How can I think I'm standing strong
Yet feel the air beneath my feet?
How can happiness feel so wrong?
How can misery feel so sweet?
How can you let me watch you sleep
Then break my dreams the way you do?
How can I have got in so deep?
Why did I fall in love with you?

This is the closest thing to crazy I have ever been
Feeling twenty-two, acting seventeen
This is the nearest thing to crazy I have ever known
I was never crazy on my own
And now I know that there's a link between the two
Being close to craziness and being close to you

How can you make me fall apart
Then break my fall with loving lies?
It's so easy to break a heart
It's so easy to close your eyes
How can you treat me like a child
Yet like a child I yearn for you?
How can anyone feel so wild?
How can anyone feel so blue?

This is the closest thing to crazy I have ever been
Feeling twenty-two, acting seventeen
This is the nearest thing to crazy I have ever known
I was never crazy on my own
And now I know that there's a link between the two
Being close to craziness and being close to you

And being close to you
And being close to you

|| Memory & Moments ||

"Mase konvo KLIUC 2006, bangga sungguh saat ni eventho parents aku xdpt dtg. both outstation. but big big thanks utk mereka sbb mendidik aku menjadi anak yang baik.T.kasih xlupa utk Abg Kamil (my officemate & big brother) dan Che su (Aunty kesayangan) yg sanggup datang siap bwk bunga lagi haha big thanks again"



"Aku dgn zul(kanan aku) kt tengah2,baris atas skali..zul dapat best student grad dgn cgpa 4.00..tah otak programming ape laa dia ni..gifted tol..tah2 ada usb port kt kepala dia bole transfer data haha"



"Dapat bunga beb..weee :P"



"Lepak kt genting lepas konvo with jaja & zul"



"Aku zul & hazrul.Aku mintak tlg diorg jadi model untuk asgmnt photography che mat.masa ni 1st sem kt mmu dah"



"Ni masa Abg.Kamil aku & jaja gi album launching kumpulan Niskala kt planet.Niskala ni kira reborn utk kump.Headwind.byk lagu2 diorg best.checkout www.niskala.com.my. Reni (vocalist) kt sebelah aku tu kira mmbr baik abglah.Lepak dgn dia mmg best xtipu"



"Teringat zaman2 ni..lepak dgn abg kamil..byk benda baik buruk aku belaja..thanks alot bro"



"Perghh..time ni mmg best.xsilap 2thn lepas.ni aku lepak jap mase smpi somewhere kat setiu, terengganu.masa ni aku dgn bert (mmbr baik photography) on trip (eastcoasttrip) dr kl-kuantan-beserah-kemaman-dungun-marang-k.trganu-setiu-byk tmpat sgt smpi xigt.time ni musim tengkujuh tp masa ni elok langit cerah dan membiru membuatkn ku terkedu sbb cntek sgt langit hr tu. purpose trip ni kitorg try nk cover/shoot life para nelayan masa musim tengkujuh kt kg2 nelayan yg kitorg singgah sepanjang trip 3hari 2mlm ni.mmg byk pengalaman dan benda yg dipelajari.conclusion:photojournalism mmg mencabar dan best"



"Bert (abdul rahman roslan),mmbr baik yg memperkenalkan dunia photography kt aku.byk aku blaja dr dia & menjerumus lebih ke bidang photojournalism.thanks lot bro"



"2007.Haha ni 2nd time celebrate bday jaja..with new friends new environment.thanks kpd rakan2 yg terlibat dalam konspirasi penipuan :P"



"2008.2 org rakan yang telah hilang..dua2 dr seremban pulak tu..haihh"



"2005.jauh berjalan,panjang pemandangan.masa di jakarta & bandung"



"Pulau Ketam Trip 2006. kat tengah baris depan skali tu sifu in photojournalism Mr Shamshahrin Shamsudin.utk bebereapa ketika aku ada spend time dgn dia blaja pasal camera technical & practical parts.purpose trip ni kitorg try nk shoot/cover typical life masyarakat cina kt pulau ketam masa tahun baru cina.trip yg mmg best.bert & hazrul pun follow skali.memandangkn hazrul xda slr so dia jln2 smbil bwk tripod aku last2 dpt nama mr.tripod.satu benda yg susah kt sini nk dpt kedai makan yg jual makanan halal.nk dibuatkn cerita,masa aku dgn hazrul jalan2 sambil shoot kt area kg cina tu..dah laa lapar..tiba2 ada pulak org cina bergaduh.xsilap aku pasal hal curik basikal.sbb kt sana hanya basikal je bole bawak.motosikal ka keta kaa harapan laa nk bwk sbb jalan dia style jeti,lebar pulak sebesar 1 depa je..bayangkn ler..tp tu laa yg special pasal p.ketam.basikal.then pasal hal gaduh td, kitorg pn menggelabah tapir laa dah laa semua cina silap2 aku dgn hazrul pn kna tarik.so kebetulan kat area depan tu ada laa balai polis.kecik jer xmcm balai polis biasa.kitog pon terus jalan buat relax.masuk area b.polis then lepak kt pondok siap ada bangku&meja. yang plg best,atas meja tu ada lah pulak limau mandarin xsilap aku lebih dr 15bijik.apa lg melantak laa aku dgn hazrul smpai hbs beb sbb lapar terlampau.selamber ngadap je...tp syok sbb limau tu manis beb."



"2006.Time ni mase early stage nk shoot video2 teknik bermain golf cast bapak aku sendiri, utk final project diploma aku&jaja - Learn the right basic about golf (e-learning/multimedia based application). since aku dgn bapak aku mmg main golf, so sng lah skit nk handle project ni in terms of parts & elements yg perlu difikirkan. Jaja lebih into documentation,aku pulak into designing & programming. Moment spanjang nk siapkn project ni aku akan igt smpai bila2 sbb mcm2 masalah yg jadik tp end up,2 benda plg best t'jadi,1st masa final presnttion kitorg dpt tepukan gemuruh yg xku sangka sungguh dr suma org trmasuklah para lecturer.2ndly,kami dpt A utk project ni"


"2005.dah mcm bdk2 architecture padahal budak IT. 7 hari bertungkus lumus aku zul & shafiq siapkan projek layout bangunan ni utk subject office management masa kt kliuc.bilik dah mcm tongkang pecah siap ada yg t'tido bwh katil sbb brg2 bersepah xda masa nk kemas..tp skali lagi..ia sungguh berbaloi"




"2004.Zaman mase aku 1st sem kt KLIUC.masa ni kt KLIUC talent quest..mcm af..idol2 tu lah ada nyanyi2 lah.theme dia retro.so kononnye aku ni nak support theme laa kan.then aku pakai laa complete sut bapak aku punye masa dia muda2 dulu.mmg ketat especially kt cawat tu.ishh..xleh nafas.. yg terkejutnya,masa mlm event tu aku dtg dgn zul & penyu(roomate aku)..diorg pun pakai lebey kurang mcm aku laa..serious dh mcm dlm crita pramlee.then masuk2 dewan je org suma bersorak tepuk tangan ada yg bangun beb mcm rock star dah kitorg nih..segan xyah cakap laa kan tp mmg best..bangga pon ada haha support theme laa katakan.lastly aku dapat award best dress..haha yg xleh blah mase panggil naik stage mc tu panggil aku Hafifi..bukannye rezza..adoyaii..dh mcm che mat plak..hafifi!!! apapon..mmg best..dpt laa hamper sebijik..:P"



"2004.zaman kebengapan dlm bidang multimedia.org dh start pakai photoshop/illustator aku br berjinak2 dgn Paint.tp ni laa gmbr 1st aku edit betol2 nyer.haha.sebelah tu aiman member masa kt KLIUC"



"2004.again.Paint is so usefool.aku dan cipan sedang membahan.dlm keta kuning shafiq orang tua dan rakan2 yg lain.otw ke uptown damansara"



"2004. Zaman kegelapan"



"2006-2007.Rindu zaman berkerjaya.banyak pengalaman dan dugaan.Memang dan paling best dalam hidup aku"



"2006.Teringat kalian. time ni shot utk siapkan group project utk subject marketing masa kt KLIUC. checkout Project of the year KLIUC @ YouTube.mmg xleh blah..haha"



"2008.Zaman menggila dan akan terus menggila selagi digilai dan tergilai"

|| Aku kini dan semalam ||

Kepelbagaian cerita dan kisah yang berlaku membuatkan diri terasa keserabutan namun punca dan akibat datang dari diri sendiri. Kemalasan yang mendatang tanpa henti merupakan faktor utama mengapa kekacauan jiwa berlaku.

Tolong. Aku perlukan kekuatan dalam mengatasi skandalisma kemalasan yang tidak serik menguasai diri ini. Keajaiban yang ku cari. Berikanlah. Dermakanlah. Pinjamkanlah. nanti aku bagilah balik. asalkan dapat merubah penyakit yang tak sudah2 ni..kemalasan dan penangguhan kerja yang menyebabkan work load. Lantas wujud kesempitan jumlah masa dan tenaga kerna dibazirkan sebelum ini.

Berikanlah ku motivasi
supaya lebih berinovasi
dalam mengatasi masalah diri..
sudah serik berlari
sudah penat berdiri..
kini
aku mahu dibantui
ditolongi..
tidak harapkan sensasi
seksi?
tidak sekali..
semua itu dah basi..
teksi?
tiada kaitan sama sekali..
maki?
apa kejadahnya ini..
duit baki?
ya aku semakin me-le-we-i
...
berikanku resepi
untuk ku pelajari..
tunjukkanku ekspresi
untuk ku hayati..
dan dapatku meniti
sesuatu yang lebih pasti
selepas ini..
kerana
semalam.. sudah ketahui
kini.. sedang melalui
esok.. belum pasti
entah-entah mati
hihi

|| Kehilangan ||

Ini keterpaksaan
bukan kerelaan

Keserabutan?
bukan halangan

Kekeliruan?
bukan jawapan

Kenangan?
menjadi kerinduan

Kesunyian?
menjadi kesedihan

Kehilangan
pasti dikenang

Kehilangan
suatu penyeksaan

Kehilangan
ibarat kematian

Kehilangan?
patah tumbuh-an hilang berganti-an

Kehilangan?
hilang angan

Kehilangan?
tangan? jalan...

Kehilangan...

Kuasa Tuhan.

*originally made by Rezza

|| My dear Jaja, You Raise Me Up ||






When I am down and oh my soul so weary

When troubles come and my heart burdened me


Then I am still and wait here in the silence


Until you come and sit awhile with me



You raise me up so I can stand on mountains


You raise me up to walk on stormy seas


I am strong when I am on your shoulders


You raise me up to more than I can be

:) Love u

|| Enough is enough ||

Tatkala aku kesendirian bermenung dan memikirkan apa yang telah terjadi dan sedang terjadi, setelah melalui merasai dan memerhati pelbagai perkara yang berlaku baik berpunca dari kejadian alam ataupun dari perilaku dan kelakuan manusia, baik diri sendiri kawan dan lawan, sinopsis cerita yang berlaku sejak dulu hingga kini telah dapat aku konklusi dan simpulkan...

yang mana lebih banyak berlakunya keburukan salahlaku kejahatan tipuhelah tipudaya pembohongan kepalsuan ketidakadilan serta pembunuhan fakta dan kata, berbanding kebaikan kebenaran keindahan kedamaian keadilan dan penghidupan fakta dan kata yang benar.

Apa yang dijangka benar terjadi, dan ada juga apa yang terjadi tidak dijangkai.

Tidak dinafikan sesetengah kewujudan harus dipalsukan dan sesetengah ketidakwujudan harus difaktakan untuk sesetengah perkara dan keadaan, namun apabila telah timbul keterlaluan dan ketaksuban hingga membelakangi dan menafikan nilai-nilai kebaikan diri sendiri dan pihak lain, aku merasakan timbul suatu fenomena kebodohan kedaifan dan kekejaman yang mana seharusnya secara logik dan rasionalnya tidak terjadi bagi yang berakal dan berperasaan.

Namun begitulah yang terjadi. Adakah berpunca dari kecetekan dan kebangangan nilai perasaan ataupun ini sebahagian dari blok-blok kejahatan yang sememangnya sedang terjadi dan wujud di samping tiang-tiang kebaikan yang harus dilalui lalu dilupai?

Cukup sampai disini. Aku sudah bosan serik dengan kepalsuan penipuan pembohongan. Cukup adalah cukup!

|| Love is blind? ||


Art by Andy Warhol

Possible or not? It is possible but in other way it's impossible too. Possibility to and not to happened is depends on the capability and the credibility of two parties to manage the relationship plus with the effort given and think logically with full rational and concern.
I could not predict what would happened in future but may know what I plan today may reflect the future.
Conclusion is we will never know but just hope for the best.
:P

|| New day different story ||

Baru shj bangkit dari tido setelah mengerah keringat memaksa diri tak tido selama 2 hari dengan menuang 3 tin air Nescafe Latte dan 1 tin air Black Fury ke dalam sistem badan konon-kononnya nak stay up buat keje. Stay-up memang menjadi but then keje terbantut sebab komputer still kena attack trojan horse ( thanks to Izny sebab menshare kan virus yang anda bela melalui pendrive anda..sharing is caring i know..haha joking!). Nak dibuatkan cerita sensasi lagi, baru balik dari kelas pagi td elok2 je nak sambung buat keja suddenly elektrik takde sbb lupa nak bayar the latest bill.Moralnya dah bermoral2 bcoz dah 3 kali benda ni jadi but this is the final and last moral - rajin2 lah bukak postbox tu, cepat2lah collect duit dr housemates, jangan tangguh2 terus gi bayar. So td dengan memandu Ferrari 1.0 Gsx keluaran Perotiga,terpaksa lah gi bayar di TNB persint 2. Since ni dah kali ke-3 kena potong, akak di kaunter pembayaran tu dah kenal sangat muka aku.Then balik to cyberia dengan panasnya sbb takde kipas aku pon separuh bogel lah dengan zul kat katil tu memaksa diri untuk tido.masing-masing mengeluh cam ayam nak bertelor. Tapi atas dasar semangat 'braderhood' kami rilek2 katak je.buat2 macam ada angin aircond cap Topaire.
Lalalalala - gaya borat.

Macam-macam jadi
aku bosan hidup begini
tak mahu menyusahi
atau disusahi
lebih baik hidup sendiri
mati sendiri
tapi siapa nak angkat jenazah aku nanti
untuk dikuburi?
moralnya disini
kita fikir lah sendiri
mana yang harus dibaiki
ditouch-upi
dan...
direnungi
:)

|| Past & Future ||


L-R : Rezza,Pacak, Nabila, Im, Alysha, Skin, Zul, Sheera.
Photo by Mr.Im edited by Mr.Rezza
Sepang Goldcoast, Bagan Lalang

|| Aku & Kamu ||

Aku cintai mu
Perlukan mu
di sisi ku selalu
mahu mu
si sampingku
tiada malu
tiada ragu
hanya aku
dan kamu
...
tapi kini
mana kamu
hanya aku
buntu
tiada arah tuju
...
dahulu ada kamu
tempat ku mengadu
beradu
bersyahdu
bermadu
...
maafkan silap ku
salah ku
lemahku
ego ku
perilaku ku
buat mu berbulu
...
namun begitu
silap mu
salahmu
ego mu
perilaku mu
buat aku dan kamu
sudah tidak sebulu
...
cintaku
setengah dekad bersamamu
tidak pernah ku jemu
sepenuh cinta ku jamu
tidak pernah tepu
...
walaupun sudah berlalu
aku tetap cintaimu
hanya kamu
di hati ku
selalu
...
dan kini
aku
mati kutu
otakku menggerutu
hatiku menggelabah kutu
kutu pun tak menggelabah seperti ku
...
cintaku
mungkin
setia ku
ikhlas ku
sayangku
pengorbananku
padamu
tidak ku terberitahu
mudahan
hanya tuhan yang tahu
...
cintaku
aku cintai mu
selalu
sumpah
aku tak tipu

Originally made by Rezza *betul tak tipu!

|| MTB - Earth 4 - Death or Glory ||

|| "Braderhood" coming soon in cinema ||



L-R : Zul,Rezza
Photo by Mr.Im/Miss Shasheera
Edited by Mr Rezza

"Konspirasi Bising Internasional" MTV shoots
by Past & Future
Sepang Goldcoast, Bagan Lalang

|| Along was here too ||

|| Introduction to experimentalism ||

Akhirnya atas dasar kesedaran diri dan juga paksaan rakan-rakan aku berjaya memaksa jari-jemari ET ini untuk menekan papan kekunci cap Logitech dan melog-in ke dalam account blog untuk meng-update sisa-sisa memori dan kenangan yang telah berlaku dan sedang berlaku dalam titi-titi kehidupan seharian, semingguan, sebulanan dan juga setahunan. Sedekadan, seabadan serta sekurunan. Itu pun jikalau mampu aku hidup selama itu. Ibarat lirik lagu 1000 Tahun dr Imran Ajmain. Bukan ajakmain tapi Ajmain.

"Relaku ku menunggumu, seribu tahun lama lagi...
tapi benarkah hidup, ku kan selama ini...yeahh"

Tapi lebih baik hidup kerana Tuhan, bukan kerana "mu"
sebab kalau aku ditakdirkan hidup selama 1000 tahun pun,
memang tipu. Tak mungkin manusia dapat hidup selama itu kecuali
Nabi Nuh a.s dan juga certain-certain Nabi yang lain yang aku lupa.
Bukan lupa tapi tak ingat. Mungkin juga tak tahu. Manalah tahu kan.

Cukup me le we.
"lalalalalaal" - skin meniru gaya borat.

Lastly, selamat melewey dan membaca.

" God speak, God bless "

Rezzaku Rezzamu.