|| WMS - Waa Memang Sakit... ||


No plat kereta ku WMS ***

Kereta berjenama perodua kelisa 1000cc dengan 5 kelajuan manual buatan malaysia
sebelum ini macam-macam nama timangan aku dan rakan-rakan aku bagi
bersempena dengan no plat kereta ku itu - WMS
Wa-Memang-Stylo
Wa-Mat-Salleh
Wa-Menggemari-Seks
Wa-Minyak-Sapi
Wa-Mat-Single
Wa-Mau-Syabu
dan bermacam-macam lagi nama yang diberi..

Tapi sebentar tadi kira-kira jam 5.30 petang aku terlibat dalam kemalangan di lebuhraya Kajang-Puchong sewaktu dalam perjalanan dari cyberjaya menuju ke Uniten Bangi. Hujan yang mencurah-curah tak ingat punya menyebabkan penglihatan yang amat limited namun disebabkan kelewatan untuk bertemu seseorang di Uniten, aku terpaksa memecut lebih dari had kelajuan ketika hujan lebat (ada ke?) , lalu pabila tiba di satu selekoh meneruni bukit di highway berkenaan kereta aku tidak dapat dikawal akibat fenomena apungan kereta disebabkan air yang bertakung di atas jalan raya ditambah pula dengan kelajuan yang tidak munasabah ketika hujan, menyebabkan kejadian itu berlaku. Aku cuba sedaya upaya untuk mengawal tetapi kereta ku terus "diapungkan" dan "dihanyutkan" hingga akhirnya mencium divider jalan belah kanan.

Banggg.

Adoyaiii.

Agak kuat hentakan bumper dan makguard belah depan kanan kereta ku ke divider jalan itu. Lantas aku pasang hazard light. Aku keluar kereta.

Wow boleh tahan kemiknya.


Aku masuk ke kereta balik.


Aku pasrah.


Aku mencarut kejap.


Aku maki stering kereta kejap.


Aku bakar rokok sebatang.


Aku relax kejap.


Aku mengeluh.


Aku redha.


Aku redha.


Aku redha.

Lantas aku tutup hazard light.
Aku bagi signal kiri.
Aku tekan pedal minyak slow2
dan meneruskan perjalanan.

Dalam hati...
kesian kereta aku.
comot.kemik.
WMS...
Waa-Memang-Sakit


Aku redha.


p/s- note to lisa/c.su, don't tell mama about this ok. i'm fine ;p


|| Masih relevankah... ||

Masih relevankah nasi lemak panas kegemaran ku di terminal cyberjaya pada waktu ini.
Berbumbungkan awan gelap yang memenuhi disegenap penjuru angkasa cyberjaya meresahkan diri samada perlu berlari ke kereta atau lepak saya di meja plastik library hingga air jirusan tuhan berhenti atau slow down buat seketika. Relevankah?

|| Aku rasa.. ||

Aku rasa
aku ni terlalu banyak berfikir...
itu yang membuatkan kekusutan melanda...
mana tak nya...
usia baru sjh 23...muka dah macam umur 28..
ni lah akibatnya..
berfikir...

berfikir...

berfikir ni bagus...
tapi tak bagus jika tak tahu bila dan mana perlu berehat
dan berhenti...

berfikir...
kalau kesemua benda yang aku fikir menjadi tak apa...
ini aku rasa out of 10 benda yang aku fikir, cuma 3 atau 4 sahaja kebiasaannya yang menjadi
yang dibuat
yang dihabiskan
yang disubmit
dan bermacam di...kan lagi...
contohnya..
contoh ok.

berfikir...
rasional...
concern...
alert...

betullah...
aku rasa
aku perlu berehat.
aku nak manage balik.
aku harus.
haih..

|| Apakah aku dan dia boleh? ||


Kami dah lama bersama
tapi apakah aku dan dia boleh
bersama
selamanya.

Persoalan masa,
selama mana.

Persoalan cinta,
setahan mana.

Persoalan rindu,
sebanyak mana.

Persoalan bosan,
sekerap mana.

Persoalan jujur,
setinggi mana.

Persoalan percaya,
sejauh mana.

Persoalannya,
Aku mahu dia kerna cinta,
ataupun mahu dia kerna lama.



......



Kami dah lama bersama.
Terima kasih.
Sama-sama.
Selamanya.

|| Kadang-kadang.. ||


Kadang-kadang..

aku toleh ke belakang
menjenguk memori silam
menyingkap kisah kelam
kelihatan dosa seram
pahala nampak suram

Kadang-kadang..
aku pusing ke belakang
mencungkil kesilapan
punca empunya badan
bercampur bisikan setan
hingga terlupa daratan
terpesong jauh ke selatan

Kadang-kadang..
aku menghadap ke depan
mencari kiblat kehidupan
menerokai sinar harapan
namun semangat kurang
lantas masih terkebelakang

Kadang-kadang..


Aku elok kena tendang.


Tora dan Dendang?

|| Kasut Biru Rubina vs. Utopia Trauma ||

Baru-baru ni aku bersama pasangan hidupku ke MPH Alamanda berhajat hendak mencari buku antologi puisi yang bagi aku hebat di baca, hasil tulisan Rahmat Harun yang bertajuk Utopia Trauma. Sebelum ini aku telah mencuba untuk membelinya tapi sudah kehabisan stok. Tetapi kali ini nasib mendepani aku. Karya yang hebat untuk dibaca. Dan aku amat mengkaguminya. Hanya RM15 sahaja bro~ Bacalah.Hayatilah.wow. Antara himpunan puisi beliau dalam buku ini adalah seperti khayal, tamadun, tidur, utopia trauma, ilustrasi i, balada jantan gagal, sajak bunga kental, ilustrasi ii, laloq mat solo, balada rabak balut, etc.

Utopia Trauma by Rahmat Harun


Dan di celah-celah susunan buku yang berdiri rapi di bahagian rak yang tertulis "Bacaan umum" itu aku ternampak sebuah buku lagi, bersaiz kecil dan nipis lantas aku pun mengambilnya. Kasut Biru Rubina hasil tulisan Sufian Abas. Aku membelek dan membaca dan membelek lagi dan aku katakan yang buku ini pelik dan menarik. Aku tak tahu jenis penulisan yang bagaimana penulis ini gunakan kerna aku pun cetek ilmu dalam bidang penulisan karya, namun aku tertarik terhadap cara penyampaian dan cerita yang disampaikan. Lantas "Jaja pinjam lime belas ringgit dulu boleh tak..i dunt have enough cash lah"... wow. To know more about Sufian Abas/Kasut Biru Rubina, u may visit www.sufianabas.blogspot.com


Kasut Biru Rubina by Sufian Abas

|| Bila nak selesai sudah... ||

Bila nak selesai sudah
hal di rumah
tak sudah-sudah
benda nya mudah
tak pun payah
tapi selalu ambil mudah
itu yang padah

Bila nak selesai sudah
selalu pejam mata sebelah
tahu cari salah
salah sendiri takpalah
apa kejadah
sampai bilakah
pergi dah

Bila nak selesai sudah
penat dah.

|| Dan mulut-mulut berbunyi ||

Dan mulut-mulut berbunyi
di belakang jasad ini
di sebalik telinga ini
berbisikan antara mereka-mereka
menyatakan siulan fitnah
menabur benih-benih dengki
disuburi dengan semburan air liur busuk
sebusuk hati mereka
cucuk sana
ampu sini
mengadu domba
selamba
gila
ini main gila

Dan mulut-mulut terus berbunyi
sambil bersembunyi

akan ku perhati
dalam sunyi

akan ku dengari
dalam sunyi

akan ku hidui
dalam sunyi

tiba masa nanti
tiada guna lagi bersembunyi.


|| Great santai ||

Selepas hampir 2 tahun aku tak turun bermain di green, so tadi dengan berbekalkan latihan latih tubi tibi tibai selama 2 minggu di driving range, akhirnya aku menempuhi game pertamaku setelah sekian lama di UPM golf club. Walaupun hanya bermain 9 lubang sbb ramai orang yang bermain (weekend..nk buat cmna) tapi mmg enjoyable dan sangatlah fun. Plus dengan kehadiran rakan2 ayah ku Uncle Chan dan Dato Rashid yang mmg kaki lawak so takdalah pressure sgt. Cuma masa 1st hole tee off tu agak menggelabah so bola pon menggelabah melencong ke kiri..kononnya angin lintang laa padahal aku yang lintang pukang..haih..dan utk short game aku kna lebih practice lg especially on chipping and putting..kantoi laa beb..mcm siut jer td..
but apapun it was a great game. lepas ni aku lebih confident nak main di green dan boleh laa ajak salman dan bro uchi skali..wah wow

|| Di petang yang tengit ||

Di petang yang tengit
aku memandu meninggalkan plaza low yat
dalam meredah kesesakan mobil-mobil
yang sengit
enjin-enjin hangit
asap-asap kelat

Haihh..
brake pad kelisa ku kepanasan
tatkala melalui jalan hang tuah
kesengitan makin menjadi
ibarat minit ke 88 perlawanan bola

nama saja tuah
tiada tuahnya
"hang nak pi mana.."
"jalan-jalan cari tuah"
elok lah tu
tah sampai bila dan mana
tuahnya
nama saja jalan hang tuah
dari ku tak bersunat
hinggalah kini berjanggut pun
tidak kan henti kesesakan
kesempitan
kesusahan
pabila merentasi jejalan bertuah ini
haih...

tuah habis.

|| Di hening pagi ini ||

Di hening pagi ini
sejuk sekali
selesai hujan membasahi bumi
pukul 4 pagi tadi
kini embun memenuhi
setiap ruang legar
udara segar
bugar

Selesai sudah menyembah yang Esa
aku masih disini
bersengkang mataku
menghadap resolusi 1440x900 pixel
dari lewat malam tadi
hingga pagi hari
sini
kini

yang pasti
sedang membunuh
setiap sel-sel halus
kornea ku

yang pasti
sedang menghangatkan
setiap cip-cip halus
graphic card ku

yang pasti
sedang mengecas
setiap neuron-neuron halus
otak kiri dan kanan ku

dalam proses membentuk peradaban
idea
kreativiti
sensitiviti
mentaliti
dalam jiwa ini
dalam diri ini
dalam iman ini
yang selama ini sunyi
dari nilai-nilai itu

sebagai persediaan
untuk kemungkinan
yang kita mungkin tahu
benar-benar tahu
takkan tahu
atau buat-buat tak tahu

Dihening pagi ini
sejuk sekali
namun mentari semakin mencemburui
lalu menghangat diri
makin tegak berdiri
lantas kesejukan bertempiaran lari

tiba-tiba
siren perut berbunyi
petanda aku harus pergi
membawa diri mencari
sarapan pagi

jumpa lagi.

|| Wow! Wah! Woi! ||


Wow!

Selepas solat maghrib senja tadi, aku menapakkan diri aku ke golf driving range di sri petaling seorang diri berbekalkan semangat "yeah bebeh yeah" yang ada, untuk terus mempraktikkan dan memperkuatkan lagi skill-skill permainan golf yang telah agak lama ditinggalkan setelah berjumpa dengan hobi baru iaitu cycling beberapa bulan yang lalu. Yang lama usah dikenang. ya itu bagi kenangan pahit. tetapi ini adalah penangan hebat.

Ketika aku sedang asyik mengswing batang golf 8 iron cap callaway pemberian ayahanda ku itu,aku telah berkenalan dengan sorang uncle ni..mr zaini. dia telah memberikan aku beberapa tips hebat dan mentouch-up back swing aku sebab beliau perasan back-swing aku terlalu laju. Tips beliau "ketika back swing jangan terlalu laju.ikut kiraan 1..2...then down swing..3! (ketika hit the ball).aku pun terus mempraktikkan ajaran beliau dan ternyata memang menjadi! bola naik dengan lebih cantik dan lebih jauh. kebiasaannya dengan 8 iron, bola boleh pergi antara 100m - 150m. Apapun terima kasih kepada Mr Zaini. Tips anda saya hargai. wow

Back swing "1"

Back swing "2"


Wah!

Akhirnya presiden syarikat amerika sdn bhd telah berjaya diputuskan dimana calon Barack Obama telah berjaya menjadi presiden amerika syarikat yang pertama dari kalangan orang kulit hitam afrika-amerika.Aku berasa agak teruja kerana akhirnya berlaku suatu perubahan ketara dalam penggantian/pemilihan presiden amerika syarikat baru, yang mana pada kebiasaannya dipelopori,dimonopoli dan dimenangi oleh calon dari parti republikan yang mungkin tidak diketahui ramai,dimana kebanyakan kalangan mereka dipengaruhi oleh anasir dan dakyah jahat orang yahudi.

Mudahan dengan kemenangan Barack Obama dari calon parti demokratik akan dapat mengubah dan mengkaji semula kebanyakan polisi negara tersebut terutamanya polisi luar, terhadap isu-isu ketenteraan yang telah banyak menyusahkan, memusnahkan dan menjahanamkan keamanan dan kestabilan negara-negara lain.


Pada masa yang sama kebanyakan rakyat Amerika mungkin sudah bosan dan jelik dengan dasar pemerintahan dan dasar luar negara mereka yang sedia ada ditambah pula dengan kegagalan kerajaan sebelum ini dalam menangani masalah ekonomi yang sungguh meruncing, dan mereka mahukan suatu perubahan.Ini dibuktikan apabila hampir kebanyakan rakyat Amerika yang layak untuk mengundi telah keluar untuk mengundi.

Dibawah adalah petikan dari laporan SETH BORENSTEIN, AP Science Writer Wed Nov 5 yang disiarkan di Yahoo! News.


"Voter turnout best in generations, maybe a century"

WASHINGTON – America voted in record numbers, standing in lines that snaked around blocks and in some places in pouring rain. Voters who queued up Tuesday and the millions who balloted early propelled 2008 to the highest turnout in generations, maybe a century.

Preliminary projections based on 83 percent of the country's precincts tallied, indicate that more than 131 million Americans will have voted this year, easily outdistancing 2004's 122.3 million, which had been the highest grand total of voters before.

What's most interesting about early results is not just how many people voted but the shifting demographic of American voters, said Stephen Ansolabehere, a political science professor at Harvard and MIT.

Experts pointed to a weak economy and a lively campaign that promised a history-making result for the high turnout.

Disebalik kejadian dan fenomena yang berlaku di sana, sebenarnya banyak yang boleh kita belajar dan kaji, yang mana harus kita percayai, ikuti dan undi. Haha Aku tidak bercakap soal politik sahaja tetapi secara amnya dan meliputi pelbagai aspek dan hal. Apapun bagi aku secara peribadi ini adalah kuasa Tuhan yang mana setiap kejadian itu ada hikmah dan sebab musababnya. Kita sebagai manusia haruslah redha, belajar dan berusaha untuk yang terbaik. Wah!


Woi!
Kejadian yang tidak disangka-sangka (walaupun sentiasa menjangkakannya) akhirnya berlaku. Ia berlaku kira-kira jam 5.15pagi. Masa itu aku tengah menonton perlawanan bola uefa Chelsea Vs Roma (haha yeahh Roma menang..with Totti,there's party :D) berseorangan di tingkat atas. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pelik kat luar rumah. Walaupun sebelum ni dah bermacam-macam bunyi pelik aku dengar selama aku menjadi musang sepanjang musim cuti ni, tapi kali ini akhirnya aku 'berjaya' menangkap bunyi pelik tu.

Aku dengan perlahan-lahan bangun dari sofa,berjalan ke tingkap tepi dan menjenguk ke bawah. Berderau darah aku tak ingat punya.. kalau aku boleh tumbuk dinding rumah aku tu dan lompat ke bawah dah lama aku buat. Kelihatan BAIK PUNYA dua makhluk setan, seorang tengah standby dan lepak sambil hisap rokok atas motor, seorang lagi tengah mencangkung macam guna tandas cangkung, tengah mencungkil bonet kereta orang tua aku. Aku pun tanpa segan silu,panas hati tak payah cakap laa.WOIII!!! PUK*MAK KO!! kata-kataku yang memecah keheningan dan kesunyian sebentar.Setan-setan tu betul-betul cari pasal dan nak mati. Then aku terus capai dan tekan button emergency alarm (rumah aku pasang alarm system) dan berbunyilah alarm yang memekak kan telinga..(padahal nak alertkan bapak aku biar dia bangun tapi pelik tak keluar2 dari bilik tido dia haihh).

Aku masih tak puas hati jadi dengan segera aku turun ke bawah,mencapai batang golf dan membuka pintu rumah. Kononnya budget, sempat hentam laa setan-setan tu tapi memang tak sempat. Aku terpaksa akur dah memang itu karier mereka jadi memboloskan diri dengan cepat juga adalah salah satu core subjek yang mereka pelajari ketika mengambil kursus sijil menyamun dan mencuri.

Ketika kemudian bapak aku pun keluar.Dengan bersenjatakan pistol 9mm beliau terus menembak ke arah langit (seperti orang arab meraikan kemenangan selepas peperangan) sehingga terkena dan menghancurkan alarm rumah kerana membuat bising di pagi-pagi buta. Namun nasib baik itu tidak terjadi kerana scene itu hanya rekaan dan tidak termasuk dalam sinopsis/scene dalam jalan cerita yang sebenar.heh. Selepas bapak aku keluar, kami pun pergi melihat kereta beliau dan syukur pada Tuhan tiada apa-apa yang hilang ataupun jahanam. Namun percubaan jahanam mereka itu takkan aku lupakan.

Bila buku bertemu ruas,
mari lihat siapa yang 'puas'

Bukan hendak tunjuk berani,
cuma tidak suka dibuli

Kau tak mula, aku tak mula
Kau mula, tunggu saja

Hal ini telah menambahkan lagi keberontakan dan kepanasan hati aku. Ini kerana disebabkan oleh kejadian ragut yang telah menimpa pada bonda aku hanya 2 minggu yang lalu dimana ketika itu beliau bersama seorang kerani baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang yang besar dari sebuah bank dan kejadian ragut itu terjadi di dalam kawasan sekolah beliau. Namun peragut itu tersilap langkah kerana mencapai beg yang salah iaitu handbag bondaku walhal wang tunai itu terkandung didalam beg yang berlainan. Disebabkan kejadian itu bondaku telah mengalami kecederaan pada bahu akibat disentap kuat oleh peragut itu. Celaka lu!

Kejadian Tuhan siapa yang tahu
aku pasrah & redha apa yang berlaku

Aku berdoa padaMu ya Tuhanku
agar keluargaku dilindungi selalu

Amin.

Wassalam.


|| Thanks bro ||




To bro salman dan bro uchi , thanks a lot sbb mengajar + bagi valuable tips untuk repair balik swing aku so now i managed to used those irons wood and driver correctly and my swing become good and better. wow! sungguh mantap ku rasa.



|| Pembahagian Manusia di Akhirat ||



Untuk renungan tatapan dan keinsafan bersama. Mudahan kita dimasukkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Amin


Terdapat 3 pembahagian manusia tatkala di akhirat kelak.

(A) 11 GOLONGAN YANG CELAKA

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok"
(An-Naba':18)

Diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang akan memasuki neraka adalah seperti berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi.
Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular & kala.
Inilah balasan mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas
penipuan.

6. Mereka yang dicincang pada tengkuk dan bahu.
Inilah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang tidak berlidah, keluar nanah dan darah dari mulut.
Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dengan keadaan terbalik kepala dibawah kaki di atas.
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang berkulit penuh kudis dan penyakit lain yang menjijikkan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya giginya seperti tanduk bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran.
Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.



(B) 1 GOLONGAN YANG SELAMAT

Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke dalam syurga iaitu:

" Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat "



(C) 3 GOLONGAN YANG DISALAMI MALAIKAT

Telah bersabda Rasulullah SAW "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah"



|| Terima Kasih Ayahanda ||



Terima kasih pada ayahanda
membelanja aku sebiji komputer
walaupun CPU saja aku tak berkira
kerana monitor yang ada sudah cukup wide nya

Terima kasih pada ayahanda
akhirnya teknologi PCI-Ex & DDR3 dapat ku merasa
namun jasa AGP & DDR takkan ku lupa
kalian telah berbakti tak terkira banyaknya

Terima kasih pada ayahanda
dapatlah aku menginstall adobe premier akhirnya
adobe after effect pasti lebih laju render-nya
tak perlu lagi menunggu berjela-jela lamanya

Terima kasih pada ayahanda
berhabisan ribuan ringgit untuk kesenangan anaknya
jasa mu tidak akan ku lupa
tiba masa saat dan ketika akan ku balas jua