|| Di hening pagi ini ||

Di hening pagi ini
sejuk sekali
selesai hujan membasahi bumi
pukul 4 pagi tadi
kini embun memenuhi
setiap ruang legar
udara segar
bugar

Selesai sudah menyembah yang Esa
aku masih disini
bersengkang mataku
menghadap resolusi 1440x900 pixel
dari lewat malam tadi
hingga pagi hari
sini
kini

yang pasti
sedang membunuh
setiap sel-sel halus
kornea ku

yang pasti
sedang menghangatkan
setiap cip-cip halus
graphic card ku

yang pasti
sedang mengecas
setiap neuron-neuron halus
otak kiri dan kanan ku

dalam proses membentuk peradaban
idea
kreativiti
sensitiviti
mentaliti
dalam jiwa ini
dalam diri ini
dalam iman ini
yang selama ini sunyi
dari nilai-nilai itu

sebagai persediaan
untuk kemungkinan
yang kita mungkin tahu
benar-benar tahu
takkan tahu
atau buat-buat tak tahu

Dihening pagi ini
sejuk sekali
namun mentari semakin mencemburui
lalu menghangat diri
makin tegak berdiri
lantas kesejukan bertempiaran lari

tiba-tiba
siren perut berbunyi
petanda aku harus pergi
membawa diri mencari
sarapan pagi

jumpa lagi.

4 comments:

FoFaNa said...

ni cerita pasal ape ni? assignment? camera? sel-sel neuron?haahaha.

tak saba nak tgu tercipta nya karya "Summer Sini Aku Datang"

hahahaha

Rezza Alias said...

Summer sini aku datang..herm..agak komplikasi jgak nak buat..bcoz u yg melalui pengalaman tu.i xde disitu.
hehe

FoFaNa said...

hahaha...summer tak tiba lagi.next month kot.kat cyber bukan mcm summer ke? lol

GuRp BLiNg-BLiNG said...

pesanan penaja: jgn lupe dapatkan buku UTOPIA TRAUMA dpasaran..by Rahmat Harun`s 1st collection of poems and artworks..FABULOUS seyh..
so u version REZARO TAROo..kuakuakua