|| Jauh ||

Suatu tika dahulu Imam Al-Bukhari pernah menanyakan beberapa soalan kepada sekumpulan anak didik nya. Salah satu soalan yang diajukan berbunyi:

"Apakah perkara yang paling jauh sekali dari dunia?"

Lalu pelbagai jawapan telah diberikan oleh kumpulan anak didik beliau.
Ada mengatakan matahari, bintang, cakerawala, bulan, langit dan perlbagai lagi.

Namun kesemua jawapan yang diberikan oleh mereka salah dan tidak tepat.

Lantas Imam Al-Bukhari berkata:

"Perkara yang paling jauh sekali dari dunia, yang tidak mungkin seorang manusia pun dapat jejaki adalah MASA LAMPAU".

"Masa sentiasa berjalan tanpa henti dan tidak akan menunggu sesiapa dan akan berlalu begitu sahaja"

"Hari esok pasti akan menjadi seperti hari ini dan akan berlalu seperti hari semalam, silih berganti tanpa henti"

"Oleh itu manfaatkan lah setiap masa yang ada (dan akan datang) dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah, kerana bagi setiap masa yang berlalu, jika tidak digunakan sebaiknya merupakan kerugian terbesar - kerana ia tidak mungkin akan berulang lagi untuk selama-lamanya"

Oleh sebab itu masa lampau diibaratkan seperti perkara paling jauh sekali dari dunia kerana ia tidak mungkin dapat dicapai/dijejak kembali oleh manusia.

Fikir-fikirkan lah

...

...

So based on artikel ni (datangnya dari email) now aku baru dan dah faham tentang konsep menghargai masa yang sebenar.
Masa akan jadi 'sangat mahal + not for sale + gone forever' bila kita kesuntukan masa, akibat dari pembaziran dan tak memanfaatkn 'stok' masa yang ada sebelum ini.walhal masa itu sebenarnya percuma. Namun walaupun percuma, jika tak digunakan sebaiknya, ia akan menjadi 'kerugian' sepanjang hayat lah. Jika dimanfaatkan sepenuhnya, ia akan menjadi keuntungan sepanjang hayat lah.
Kerana setiap saat hanya datang dan pergi sekali sahaja sepanjang hayat kita.

...

Aku | Masa | FULL BOOST

...

|| Noah's Song ||


Guys u should listen to this~ it's a nice song tau~ :D

|| Chop Suey by SOAD - typoinmotion ||


Typography | typo in motion | Chop Suey - SOAD

|| Cannabis ||


Sambil-sambil baca dan jawab survey di youthsays.com, aku bukaklah profile sorang brader ni.Zack1985 sebab aku suka baca comment/jawapan yang dia bagi dalam kebanyakan soalan survey @ youthsays tu yang berteraskan logical tapi experimental.

Sambung cerita asal.
Then ada satu link ke laman web ni called  www.norml.org/.So aku click lah.
~owh web pasal isu-isu marijuana.
Aku zero pasal isu-isu ni so sajalah baca nak menambah ilmu di dhado ni haa.
Yang best nya, ada satu rencana dalam web tu yang menarik tertarik baca memang tak serik~auuww~
yang aku nak kongsi bersama.

------------------------------------------------------------------------------------- 
5 Things the Corporate Media Don’t Want You to Know About Cannabis
-------------------------------------------------------------------------------------
1. Marijuana Use Is Not Associated With a Rise in Incidences of Schizophrenia
2. Marijuana Smoke Doesn’t Damage the Lungs Like Tobacco
3. Cannabis Use Potentially Protects, Rather Than Harms, the Brain
4. Marijuana Is a Terminus, Not a ‘Gateway,’ to Hard Drug Use
5. Government’s Anti-Pot Ads Encourage, Rather Than Discourage, Marijuana Use 

Lebih lanjut klik sini




|| Rokok oh perokok ||

Aku merokok.
Oleh itu aku bergelar perokok.

Anda merokok?
Jika ya, anda juga bergelar perokok.

Apa yang membezakan setiap kaki perokok di dunia?

Jenama rokok. Ya.
Jenis rokok.Ya.
Tahap ketegaran. Ya
Umur. Ya. Untuk menjadi perokok tiada had umur dan tidak memerlukan education bground yang tinggi.
Jantina. Ya. Makin ramai wanita yang merokok hari ini.
Kualiti paru-paru. Ya. Setiap perokok mempunyai kualiti paru-paru yang berbeza.
Warna gigi. Ya. Perokok mempunyai gigi yang berwarna disebabkan oleh bahan tar dari rokok.

dan banyak lagi.
Anda boleh cadangkan?
Silakan.

Apa yang seronok jika merokok?
Aku?

entah.

Tapi masih mahu merokok hingga kini.
Cuma kuantiti rokok yang diambil sehari makin berkurangan.

Mahu berhenti?

Mahu!!!!! (kata-kata tahun lepas)
Mahu!! (kata-kata bulan lepas)
Ma..u.. (kata-kata kelmarin)
mm..mmmm..mmaa.. (kata-kata sekarang)

Mengapa aku tergagap-gagap?
Kerana aku malu. Aku sedang dan masih menghisap rokok.

Azam mahu berhenti, tak henti-henti.
Namun masih menghisap saiz kotak silih berganti

Sebab tak reti, atau nak cepat mati?

Perokok sejati. Wow. Mungkin.



.....

Nikotin telah mempengaruhi, menyelubungi dan berakar umbi di jasad ini selama 11 tahun sudah.
Nikotin mendorong ketagihan merokok.

.....

Celaka!

Siapa celaka?

Nikotin.

.....

Masih mahu merokok?

Mahu.

.....

huuuu~