|| Jauh ||

Suatu tika dahulu Imam Al-Bukhari pernah menanyakan beberapa soalan kepada sekumpulan anak didik nya. Salah satu soalan yang diajukan berbunyi:

"Apakah perkara yang paling jauh sekali dari dunia?"

Lalu pelbagai jawapan telah diberikan oleh kumpulan anak didik beliau.
Ada mengatakan matahari, bintang, cakerawala, bulan, langit dan perlbagai lagi.

Namun kesemua jawapan yang diberikan oleh mereka salah dan tidak tepat.

Lantas Imam Al-Bukhari berkata:

"Perkara yang paling jauh sekali dari dunia, yang tidak mungkin seorang manusia pun dapat jejaki adalah MASA LAMPAU".

"Masa sentiasa berjalan tanpa henti dan tidak akan menunggu sesiapa dan akan berlalu begitu sahaja"

"Hari esok pasti akan menjadi seperti hari ini dan akan berlalu seperti hari semalam, silih berganti tanpa henti"

"Oleh itu manfaatkan lah setiap masa yang ada (dan akan datang) dengan perkara-perkara yang mendatangkan faedah, kerana bagi setiap masa yang berlalu, jika tidak digunakan sebaiknya merupakan kerugian terbesar - kerana ia tidak mungkin akan berulang lagi untuk selama-lamanya"

Oleh sebab itu masa lampau diibaratkan seperti perkara paling jauh sekali dari dunia kerana ia tidak mungkin dapat dicapai/dijejak kembali oleh manusia.

Fikir-fikirkan lah

...

...

So based on artikel ni (datangnya dari email) now aku baru dan dah faham tentang konsep menghargai masa yang sebenar.
Masa akan jadi 'sangat mahal + not for sale + gone forever' bila kita kesuntukan masa, akibat dari pembaziran dan tak memanfaatkn 'stok' masa yang ada sebelum ini.walhal masa itu sebenarnya percuma. Namun walaupun percuma, jika tak digunakan sebaiknya, ia akan menjadi 'kerugian' sepanjang hayat lah. Jika dimanfaatkan sepenuhnya, ia akan menjadi keuntungan sepanjang hayat lah.
Kerana setiap saat hanya datang dan pergi sekali sahaja sepanjang hayat kita.

...

Aku | Masa | FULL BOOST

...

2 comments:

alysha nasir said...

hm..paham2.hehe

GuRp BLiNg-BLiNG said...

masa yang lalu,
biarkan ia berlalu..
jgn biarkan ia membelenggu..
lalui hari dgn satu per satu..
-x0x0-