|| Rokok oh perokok ||

Aku merokok.
Oleh itu aku bergelar perokok.

Anda merokok?
Jika ya, anda juga bergelar perokok.

Apa yang membezakan setiap kaki perokok di dunia?

Jenama rokok. Ya.
Jenis rokok.Ya.
Tahap ketegaran. Ya
Umur. Ya. Untuk menjadi perokok tiada had umur dan tidak memerlukan education bground yang tinggi.
Jantina. Ya. Makin ramai wanita yang merokok hari ini.
Kualiti paru-paru. Ya. Setiap perokok mempunyai kualiti paru-paru yang berbeza.
Warna gigi. Ya. Perokok mempunyai gigi yang berwarna disebabkan oleh bahan tar dari rokok.

dan banyak lagi.
Anda boleh cadangkan?
Silakan.

Apa yang seronok jika merokok?
Aku?

entah.

Tapi masih mahu merokok hingga kini.
Cuma kuantiti rokok yang diambil sehari makin berkurangan.

Mahu berhenti?

Mahu!!!!! (kata-kata tahun lepas)
Mahu!! (kata-kata bulan lepas)
Ma..u.. (kata-kata kelmarin)
mm..mmmm..mmaa.. (kata-kata sekarang)

Mengapa aku tergagap-gagap?
Kerana aku malu. Aku sedang dan masih menghisap rokok.

Azam mahu berhenti, tak henti-henti.
Namun masih menghisap saiz kotak silih berganti

Sebab tak reti, atau nak cepat mati?

Perokok sejati. Wow. Mungkin.



.....

Nikotin telah mempengaruhi, menyelubungi dan berakar umbi di jasad ini selama 11 tahun sudah.
Nikotin mendorong ketagihan merokok.

.....

Celaka!

Siapa celaka?

Nikotin.

.....

Masih mahu merokok?

Mahu.

.....

huuuu~

No comments: