|| Pembahagian Manusia di Akhirat ||



Untuk renungan tatapan dan keinsafan bersama. Mudahan kita dimasukkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Amin


Terdapat 3 pembahagian manusia tatkala di akhirat kelak.

(A) 11 GOLONGAN YANG CELAKA

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok"
(An-Naba':18)

Diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang akan memasuki neraka adalah seperti berikut:

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi.
Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi ular & kala.
Inilah balasan mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas
penipuan.

6. Mereka yang dicincang pada tengkuk dan bahu.
Inilah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang tidak berlidah, keluar nanah dan darah dari mulut.
Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dengan keadaan terbalik kepala dibawah kaki di atas.
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang berkulit penuh kudis dan penyakit lain yang menjijikkan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Mereka yang buta matanya dan hatinya giginya seperti tanduk bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran.
Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.



(B) 1 GOLONGAN YANG SELAMAT

Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke dalam syurga iaitu:

" Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat "



(C) 3 GOLONGAN YANG DISALAMI MALAIKAT

Telah bersabda Rasulullah SAW "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah"



No comments: