|| Aku kini dan semalam ||

Kepelbagaian cerita dan kisah yang berlaku membuatkan diri terasa keserabutan namun punca dan akibat datang dari diri sendiri. Kemalasan yang mendatang tanpa henti merupakan faktor utama mengapa kekacauan jiwa berlaku.

Tolong. Aku perlukan kekuatan dalam mengatasi skandalisma kemalasan yang tidak serik menguasai diri ini. Keajaiban yang ku cari. Berikanlah. Dermakanlah. Pinjamkanlah. nanti aku bagilah balik. asalkan dapat merubah penyakit yang tak sudah2 ni..kemalasan dan penangguhan kerja yang menyebabkan work load. Lantas wujud kesempitan jumlah masa dan tenaga kerna dibazirkan sebelum ini.

Berikanlah ku motivasi
supaya lebih berinovasi
dalam mengatasi masalah diri..
sudah serik berlari
sudah penat berdiri..
kini
aku mahu dibantui
ditolongi..
tidak harapkan sensasi
seksi?
tidak sekali..
semua itu dah basi..
teksi?
tiada kaitan sama sekali..
maki?
apa kejadahnya ini..
duit baki?
ya aku semakin me-le-we-i
...
berikanku resepi
untuk ku pelajari..
tunjukkanku ekspresi
untuk ku hayati..
dan dapatku meniti
sesuatu yang lebih pasti
selepas ini..
kerana
semalam.. sudah ketahui
kini.. sedang melalui
esok.. belum pasti
entah-entah mati
hihi

3 comments:

GuRp BLiNg-BLiNG said...

nanti jaja via chaya inFra merah or gigi biru utk u.. ngeh2
jgn malas2 & m.le.weh..
jgn buat last minutes..

Anonymous said...

gapo tetibe tengah2 tu ade teksi.?

- mamat rambut mohawk -

GuRp BLiNg-BLiNG said...

perjalanan kehidupan...
2004-2008..