Jumaat 26 September. Penghujung hari di cyberjaya sebelum tibanya hari raya aidilfitri yang akan menjelang 5 hari sahaja lagi, merupakan saat yang penuh dengan nilai-nilai keamanan, keharmonian, ketenangan dan juga kesunyian. Perasaan kegelisahan, kesedihan, kemarahan, kekecewaan dan kekusutan juga telah timbul sedikit namun ia tidak akan merapuhkan jiwa ini yang mahu nilai-nilai kebaikan dan ke'haidayahain' (hidayah) terus subur dan mekar dalam kehidupan seharian, semingguan, sebulanan dan setahunan.
Wajah-wajah yang selama bulan ramadhan ini menjadi peneman bersahur dan berbuka (dan mungkin juga berlunch..haha) kini akan berjauhan selama beberapa ketika. Ungkapan "you're not alone" petikan dari lagu you're not alone dari modern talking mungkin tidak akan didengari buat beberapa ketika dari rakan peneman yang masing-masing mempunyai karakter yang memahami dan menghiburkan, lebih-lebih lagi ketika aku kusut menyiapkan kerja-kerja assignment yang tak sudah-sudah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat. Mohon maaf kepada individu yang aku sayangi kerana terlalu mementingkan diri serta kerja sehingga mengabaikan saat dan masa yang seharusnya diluangkan bersama sepanjang semester ini. Maafkan aku. Aku ego dan bersalah.
Percutian yang ada ini walaupun tidaklah selama mana tapi akan ku manfaatkan dengan penuh hati-hati dan mahu diisi dengan unsur-unsur kasih sayang terutama bersama orang tuaku serta adik-beradikku. Disamping merehatkan pemikiran yang semakin berkarat dan rapuh ini. Wd-40 mungkin berguna.
Aku lelah
takpalah
Aku rebah
takpalah
Aku kebah
apalah
Aku mau ubah
bilalah
Akulah
lah?
abaikan...
1 comment:
ur alone?
bila kite brjauhan,
barulaa mgerti erti kerinduan..
berjauhan seketika..
tidak beerti alpa kepada yg tersayang..
i miss u..
i love u..
Post a Comment