|| TTB - Tension Tahap Babun ||

Tension tahap babun (TTB).

Pernah kah anda mengalami tekanan sedemikian? jika ada sila dapatkan bantuan perubatan segera kerana anda mungkin mengalami alergi terhadap penggunaan adobe after effect cs3 yang mana sedang berlaku terhadap saya.

Dalam kes seperti ini, anda akan mengalami masalah menggaru kepala seperti babun kerana tidak dapat memahami sepenuhnya fungsi2 di dalam perisian ini. Disamping itu didalam keadaan kronik, anda boleh bertindak hingga ke tahap mengetuk kepala ke screen laptop, menekan papan kekunci dengan kuat seperti bermain piano ala Maxim, menggigit kuku hingga pendek sehinggakan tiada kuku lagi yang boleh digigit ataupun memaki hamun syarikat adobe kerana mengeluarkan perisian dimana function help nya yang terlalu banyak perkataan berbanding gambarajah ataupun ilustrasi grafik yang lebih senang mudah dan cepat untuk difahami.

Ubat yang telah dikenalpasti bagi mengubati penyakit tension tahap babun (TTB) ini adalah seperti:
-Pil Buat Kerja Jangan Last Minute (BKJLM) keluaran Diri sendiri sdn bhd.
-Pil Jangan Tido Banyak (JTB) keluaran Sendiri mau ingat sdn bhd.
-Pil Jangan Melewe (JM) keluaran Padan muka hang sdn bhd.
-Pil Tanyalah Pada Yang Pakar (TPYP) keluaran Erwin & Bad Brothers bhd.
-Pil Bila Nak Sedar keluaran Lu pikirlah sendiri sdn bhd.

Kesemua ubat2an di atas boleh didapati secara percuma dengan hanya memberikan komen dan respon terhadap isu penyakit TTB yang dibincangkan diatas tetapi haruslah berunsurkan maki hamun, caci mencaci, hina dina, kutuk mengutuk serta belasah membelasah di dalam ruang yang telah disediakan. Komen berunsur nasihat yang lembut tidak dibenarkan sama sekali kerana ia tidak akan menyembuhkan dan memulihkan penyakit TTB ini.

Selamat membantu.

3 comments:

Unknown said...

mari mari. na bg tutorial. haha

syieallysum said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

lawak laa lu brother..haha