|| Aku, Monyet dan senja Ahad ||


Asar sudah, Mandi sudah
Menanti azan maghrib bersama perut yang gundah.

Kini sini hanya aku dan si monyet.

Inilah yang dinamakan cinta monyet.


Terima kasih monyet.

Sebab kau diam dan tak banyak cakap.


Terima kasih monyet.

Sebab susah senang aku, hanya aku

dan kau masih diam dan tak banyak cakap.


Terima kasih monyet.

Sebab sedih dan sakit hati aku, hanya aku

dan kau masih duduk diam dan langsung tak bercakap.


Terima kasih monyet.

Sebab budi pekerti aku hanya untuk dijual beli,

bila dah busuk dah tak siapa yang mahu beli, boleh dicampak ke tepi

namun kau masih duduk diam, sepi dan tak bercakap.


Terima kasih monyet.

2 comments:

GuRp BLiNg-BLiNG said...

jln lupeee "OKKAYY" tu skali!

+rezza said...

'OKKAYY' kepanasan dlm kereta. padan muka.haha~