"Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin"
Rasanya belum terlambat aku nk ucapkan salam aidilfitri pada semua rakan taulan sahabat handai yang jauh dimata dekat di facebook mahupun blog..para pengunjung setia pembaca setia peminat setia cewah perasan cam artis siut tol..dan juga penyinggah setia blog rezzawashere wow..haha menggelabah sungguh ya tuan puan.
Ketiadaan internet di rumah cyberia akibat kerosakan teknikal modem dan router telah membantutkan seketika perjalanan cerita yang sepatutnya aku key-in kan di blog ni seawal2 selepas cuti hari raya aidilfitri yang lalu.
Tetapi apapun aku nak ucapkan tahniah kepada pejuang2 multimedia universitas yang telah berjaya pulang ke tanah air setelah mengharungi tempoh peperiksaan selama 2 minggu tanpa henti..segala penat lelah berjaga di tengah malam menelaah senjata (buku2) dan juga memantau keadaan sekeliling (bg yg membawa toyol ke dewan peperiksaan) takut2 ada musuh yang mendatang (penjaga peperiksaan yg mmbuat rondaan) haha tapi aku percaya masing2 sudah bersedia dgn strategi tektikal trsendiri yang tidak memerlukan pertolongan toyol untuk menjawab peperiksaan.tahniah kepada diri sendiri dan rakan2 seperiksaan yeah bebeh yeah..merdeka lah kejap untuk 3 minggu boleh laa bersantai merehatkan kepala otak yg mereng nih sebelum bermula semester yang baru dengan idelisma dan skandalisma yang baru juga ha ha ha haaaa...
Raya oh raya
ku masih mahu beraya
teruna sungguh bergaya
berbaju malaya
dara cantik berkebaya
sungguh menggoda saya
oh ya
oh ya... ;P
Cerita pun macam dah basi tapi aku cuma nak nyatakan tanyakan kemukakan persoalan kepada pihak kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri yang mana sampai bila hingga bila nak tunggu bila gila jalan atau lebih sesuai dinyatakan LEBUHRAYA yang menghubungkan Kuala Lumpur - Kota Bharu hendak di rancang, di laksanakan, di siapkan dan di bukakan untuk kemudahan perjalanan yang lebih cepat selamat dan mudah kepada jutaan rakyat kelantan yang tinggal diluar kelantan untuk pulang ke kelantan???
Penyeksaan traffic jam yang sungguh tak sudah2.
Pecah rekod lama aku this time drive from kelantan to kl = 14jam. rekod lama = 13jam.
3 kali berhenti sbb tak tahan nk terkucil,lemau badan dan mata rabak sbb drive malam.
jalan jam terok sbb kereta yg membabi buta banyaknya, pemandu2 bodoh bangang yang tak reti nk sabar potong ikut line kiri & kanan. apasal tak potong ikut atas bawah ke kalu dh bangang sgt kan. ditambah dengan kejadian kemalangan yang tak henti2 dr kuala krai-gua musang. dah ler tgh2 malam tgh2 hutan boleh traffic jam..risau jer aku takot2 gajah ke..rimau ke..kuar jalan2..bungkus beb..
conclusion yg aku buat masa tgh sangkut jam tu..aku harap aku dpt laa usha dari atas melalui camera satelit peta malaysia especially part pantai timur-kerdipan2 cahaya lampu kereta yang panjang dan tak putus2 (dr atas surely nampak mcm cacing panjang bercahaya sbb traffic jam yang tak putus2) yang panjang sejauh jarak perjalanan kota bharu-machang-kuala krai-gua musang-merapoh-kuala lipis-raub-bentong-karak-kl = +-450km. agak2 bole jadi tak 'the longest & tak putus2 traffic jam in the world"? ke ade yg lagi panjang?
wow.
1 comment:
bila kuasa di kelantan bertukar tangan...barulah bleh mimpi tuk dpt lebuhraya ke sana...baru mimpi..x kompem terlaksana..aih...
Post a Comment