|| Aku, Doa dan malam Ahad ||

Berbuka sudah, solat jamaah sudah

Berair air mata ku tatkala doa di tadah.

Memohon dariNya untuk mempermudah

dan membelah segala perasaan yang gundah

serta menenangkan hati yang gelisah.

Amin. Selesai sudah.






Aku merasakan kehilangan.

|| Aku, Monyet dan senja Ahad ||


Asar sudah, Mandi sudah
Menanti azan maghrib bersama perut yang gundah.

Kini sini hanya aku dan si monyet.

Inilah yang dinamakan cinta monyet.


Terima kasih monyet.

Sebab kau diam dan tak banyak cakap.


Terima kasih monyet.

Sebab susah senang aku, hanya aku

dan kau masih diam dan tak banyak cakap.


Terima kasih monyet.

Sebab sedih dan sakit hati aku, hanya aku

dan kau masih duduk diam dan langsung tak bercakap.


Terima kasih monyet.

Sebab budi pekerti aku hanya untuk dijual beli,

bila dah busuk dah tak siapa yang mahu beli, boleh dicampak ke tepi

namun kau masih duduk diam, sepi dan tak bercakap.


Terima kasih monyet.

|| Aku, Munajat Cinta dan pagi Ahad ||

Sahur sudah, solat sudah.

Subuh berlalu.
Tapi jasad ini masih kaku,
buntu.
memikirkan akan sebuah 'Munajat Cinta'
yang diterima di dinding, Mukabuku.




Malam ini ku sendiri
tak ada yang menemani
seperti malam malam
yang sudah sudah

Hati ini selalu sepi
tak ada yang menghiasi
seperti cinta ini
yang slalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku
kekasih yang baik hati
yang mencintai aku
apa adanya…

Mawar ini semakin layu
tak ada yang memiliki
seperti aku ini
semakin pupus…



Aku tahu munajat itu dari siapa.


Dan aku tahu apa yang dia rasa.

Dan aku tahu semua tahu yang dia hiba.

Namun aku juga tahu salahku tak seberapa.

Tak perlu lah dia menduga dengan membuta.

Mengkembur kata ikut suka.

Tanpa usul periksa.

Terpingaku.

Tak terkataku.



Dan mengapa

perlu dia menghebohkan semua.

Seolah aku pendosa pendusta terhebat dunia

yang paling hina selama di sisinya.




Ya!


Aku berdusta!




Dan seolah dusta ini adalah dosa terbesar dan terakhir yang
melayakkan aku untuk di campak bersama cinta setia ke neraka.
Tiada kesempatan untuk membersihkan yang telah tercela dan dicela.
Aku tiada daya.

|| Bcoz we are... ||

|| Ops Ngap FC 1st batch ||



N e v e r
N g a p A l o n e










|| Dif fe ren ces ||



"Differences cannot be avoided in this world.
What is important,is not the differences,
but how to tolerate and manage them"




||Apa Aku yang makin TER-ke b e l a k a n g?||

Study.
tangguhlah lagi.

Motivasi.
basi.lagi.

Cinta.
dah macam biskut.

Pahala.
seciput.

Kawan.
perempuan je.

Bestfriend.
perempuan je.

Closefriend.
perempuan je.

Duit.
tak pernah cukup.

English.
makin rubbish.


|| Apa Aku yang makin TER-k e d e p a n? ||


Umur.
makin tua.

Masa.
salah guna.

Future.
makin suntuk.

Sakit.
dah tak guna.

Dosa.
tak terkira.

Duka.
sampai bila.

Mati?
menghampiri.


|| Konspirasi 5 Mac berulang... ||

Konspirasi yang tidak henti-henti, bermula kira-kira 6 tahun yang lalu,yang berlaku setiap tahun,hingga baru-baru ini pabila genap 5 Mac 2009.

Kali ini, di Borneo Sunway.

To Jaja - sayang u :)
Kawan2 & team Ops Ngap FC - korang memang best. Big thanks utk kejutan, lakonan dan penipuan yang cukup berkesan.Aku sungguh tertipu.















|| Ops Ngap FC - sangap nak ngaaap ||

Berdiri dari kiri: Aku,Zul,Shimi,Wan,Juwie,Amin,Kutil,Didi,Wak.
Duduk dari kiri: Fatah,Hazrul,Kiddo,Joe.

www.opsngapfc.blogspot.com
coming soon



Ops Ngap FC pada asasnya ditubuhkan atas hasil buah fikiran ahli-ahli rumah A1-7-5 atas kesedaran pentingnya penglibatan belia-belia dalam sukan terutamanya sukan bola sepak. Oleh itu dengan kesepakatan yang jitu dan sokongan dari pelbagai sponsor maka tanpa membuang masa mereka telah pun berjaya membuat sesi temuduga terbuka, secara bertulis dan ujian fizikal kepada pemain-pemain yang berwibawa untuk menyertai pasukan ini. Dalam masa yang singkat sahaja pasukan ini telah berjaya mengumpulkan pemain yang cukup berwibawa kental dan ganteng gitu, untuk menggalas cabaran pasukan dalam liga yang dianjurkan di MMU.

Nantikan blog rasmi pasukan Ops Ngap FC yang akan dirasmikan tidak lama lagi di www.opsngapfc.blogspot.com untuk perkembangan mutakhir berkaitan perlawanan, perancangan, pasaran jual beli pemain serta pelbagai info mengenai pasukan Ops Ngap FC.

Ops Ngap FC. Sangap di padang.