Sabar & Doa adalah sebenar-benar 'pelaburan' yang sungguh berharga dan amat berbaloi pulangannya.
Setiap hari kita berdoa dan bermohon padaNya. Dan kita tidak pasti adakah doa itu akan dimakbulkan? Jika ya, bila? Bagaimana? Dimana? Jika tidak, mengapa? Setiap persoalan dan jawapan adalah ketentuan dan hakNya, dan Dia maha mengetahui berbanding kita. Namun di situlah bermulanya 'pelaburan' antara kita dgn Allah SWT. Topup bagi pelaburan tersebut adalah sifat sabar, serta diiringi bersama keyakinan yang berpanjangan - yakni tidak putus asa, tidak was-was dan bersangka buruk terhadapNya.
Allah Maha Adil - setiap pelaburan denganNya pasti ada 'dividen' atau pulangan!
Dan 'pulangan pelaburan' itu bukan terhad dalam konteks pencarian dan pendapatan Rezeki semata-mata. (Jika rezeki adalah perkara yang sentiasa dimohon dan diharapkan). Namun secara tidak langsung membantu dalam pembentukan Rohani - hati, sikap serta iman yang lebih sihat dan berkualiti - sebagai bekalan dalam meniti kehidupan yang lebih bermakna dan diredhaiNya.
Dan benarlah. Jika difikir-fikirkan tuntutan terhadap sifat sabar itu sahaja meliputi hampir separuh dari iman setiap manusia. Oleh sebab itu kita diujiNya dengan pelbagai bentuk dugaan. Kita diberi kesenangan dan kemewahan harta pangkat - untuk menguji kesabaran dan nafsu kita terhadap perkara kejahilan, sifat riak bongkak dan maksiat. Dan lagi kita diujiNya dengan kesempitan kesusahan dan kemiskinan segala benda - untuk menguji kesabaran kita agar sentiasa redha, berusaha, tawakkal dan bergantung berharap (sentiasa ingat berserah dan yakin padaNya) dalam setiap perkara/pekerjaan yang dilakukan.
Berdoalah. Bersabar. Dan yakin terhadapNya tanpa sebarang was-was!
Pulangannya pasti ada.
No comments:
Post a Comment