|| 15Malaysia ||








Wow. For those yang tak pernah dengar about 15Malaysia sure pelik kan.

Biasanya slogan 1Malaysia yang di war-warkan di media massa sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan rakyat Malaysia namun 15Malaysia masih belum semua yang tahu.


Apa itu 15Malaysia?

"15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon,ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia."

Secara personal, aku dengan bersungguh-sungguh dan berkobar-kobar menggalakkan serta menyarankan anda-anda untuk menonton dan view sendiri filem-filem yang dihasilkan ini.
Mesej yang disampaikan memang direct, cukup jelas, takda nak tapis-tapis dari Lembaga Perfileman Negara (kot) dan sesuai untuk ditonton oleh seluruh dan pelbagai lapisan kaum di Malaysia.

Konklusinya, 15Malaysia untuk 1Malaysia!

Sila layari www.15malaysia.com

Meter merupakan tajuk bagi salah satu filem pendek yang terdapat dalam 15 filem pendek 15Malaysia.



No comments: