|| Enough is enough ||

Tatkala aku kesendirian bermenung dan memikirkan apa yang telah terjadi dan sedang terjadi, setelah melalui merasai dan memerhati pelbagai perkara yang berlaku baik berpunca dari kejadian alam ataupun dari perilaku dan kelakuan manusia, baik diri sendiri kawan dan lawan, sinopsis cerita yang berlaku sejak dulu hingga kini telah dapat aku konklusi dan simpulkan...

yang mana lebih banyak berlakunya keburukan salahlaku kejahatan tipuhelah tipudaya pembohongan kepalsuan ketidakadilan serta pembunuhan fakta dan kata, berbanding kebaikan kebenaran keindahan kedamaian keadilan dan penghidupan fakta dan kata yang benar.

Apa yang dijangka benar terjadi, dan ada juga apa yang terjadi tidak dijangkai.

Tidak dinafikan sesetengah kewujudan harus dipalsukan dan sesetengah ketidakwujudan harus difaktakan untuk sesetengah perkara dan keadaan, namun apabila telah timbul keterlaluan dan ketaksuban hingga membelakangi dan menafikan nilai-nilai kebaikan diri sendiri dan pihak lain, aku merasakan timbul suatu fenomena kebodohan kedaifan dan kekejaman yang mana seharusnya secara logik dan rasionalnya tidak terjadi bagi yang berakal dan berperasaan.

Namun begitulah yang terjadi. Adakah berpunca dari kecetekan dan kebangangan nilai perasaan ataupun ini sebahagian dari blok-blok kejahatan yang sememangnya sedang terjadi dan wujud di samping tiang-tiang kebaikan yang harus dilalui lalu dilupai?

Cukup sampai disini. Aku sudah bosan serik dengan kepalsuan penipuan pembohongan. Cukup adalah cukup!

1 comment:

GuRp BLiNg-BLiNG said...

ketidakserasian pemikiran..
kewujudan yg menimbulkan perbalahan..
kelebihan kepada yg tidak diperlukan..
terasa semakin jauh ketinggalan..
TETAPI mmg tidak pernah disisihkan..
siapa yg lebih memerlukan??

cukup adalah cukup..
sampai bila henak diteruskan..?
cuba fikirkan..