|| Babi Hutan di Alamanda Putrajaya ||

Percaya atau tidak tetapi itulah yang berlaku. Petang tadi aku dan zul berbuka puasa di Souq Putrajaya. Then untuk melepaskan kebosanan dan bagi memenuhi masa lapang untuk malam ni kami pergilah lepak di Alamanda Putrajaya. Hajatnya nak berjalan2 shj tapi tiba2 nak menonton wayang jadi aku dan zul pergilah ke Gsc beli tiket movie Death Race.Sementara nak tunggu tayangan berlangsung, kami pergilah lepak di area luar Gsc berdekatan taman tu.

Tengah rancak menghisap rokok dunhil dan semporna sambil berborak2, tiba2 kami dikejutkan dengan kehadiran seekor binatang yang saiznya lebih kurang mcm anjing yang muncul berhampiran tasik kt bawah tu, lebih kurang 30 meter dari tempat kami lepak. Setelah dikenal pasti rupa2nya binatang tersebut ialah seekor babi hutan dewasa yang sungguh besar. Dengan selamber dia berjalan2 terhenjut-henjut tanpa segan silu sambil mencari2 makanan kat area tepi tasik tu ( atas trek jogging pulak tuh). Bayangkanlah tuan puan..babi hutan di alamanda putrajaya..wow. Yang tak bole blah, selepas jangkawaktu lebih kurang 15minit, babi hutan td muncul kembali di area yang sama tempat dia lalu td. Babi hutan tu ibarat dah pergi kedai beli barang runcit then balik rumah lalu jalan yang sama.wow

Aku dan zul mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya yang berlaku. Ada beberapa inferens yang kami dah buat.
1. Babi tu tersesat dalam penghijrahan nya yang sepatutnya mungkin dari dengkil ke cyberjaya tapi melencong ke putrajaya pulak.
2. Babi telah mengalami satu revolusi baru. Dia dah tak nak hidup dalam hutan belantara tapi dah mula belajar untuk menyesuaikan diri hidup di kota metropolitan.
3. Babi tu babi jadian.
4. Babi tu babi belaan yang terlepas dari kandang.
5. Babi tu babi remote control.
6. Babi tu bukan spesis babi hutan, tapi spesis babi semaksamun, ataupun babi tasik. sebab kt area tuh mana ada hutan. semak samun skit2 adalar..tak pun tasik.

Apapun, kejadian ini merupakan fenomena baru di putrajaya. Jadi bagi sesiapa yang berminat dan mahu melihat babi hutan dengan lebih dekat, tidak perlulah ke zoo negara.Selamat datang ke zoo putrajaya.wow

Babi Hutan
Photo from www.flickr.com/photos/wearn

3 comments:

i'm Im ...enough said said...

babi remote control ?
wahahahahahahaahahhahaha!xD

GuRp BLiNg-BLiNG said...

i think u should invite the babi hutan too..tgk DEATH RACE..ksian kat die laa

Chaque said...

serius ??
hahaha..
RARE tuh...
kalu kat putra pon ade..cyber pon may be ade..haha