|| Game review : Pure ||


Pada anda-anda diluar sana yang meminati permainan interactivity especially racing game tak kisah lah lumba kereta kaa, lumba basikal lori mahupun lumba lari berganti-ganti 400m, u guys should try "Pure" keluaran Disney Interactive Studio. Based on Off-road Trick Racing, game ini menggunakan kenderaan Atv sebagai kenderaan tunggangan untuk berlumba. yeahh!
Dalam game ini ada 3 jenis kategori : Race. Sprint dan Freestyle. Bagi aku kategori paling syok skali semestinyalah Freestyle. Memang stylo habis. Taknak cerita panjang, sesiapa yang belum try cepat-cepatlah beli di kedai-kedai game yang berdekatan. p/s- The Mines IT Center ada jual.





Wallpaper (Widescreen 1440x900)





|| I like this song u knoww (gedik) ||


Acai thanks pinjamkan cd karaoke neh.. syok pulak layan lagu mandarin ni tapi aku tak tahu tajuk apa lagu ni..sape2 yang tahu???

|| Aku mahu kamu selagi yang termampu.. ||


termampu bukan bermaksud terpaksa

namun kejahatan dalam dan luar yang tidak serik mengganggu coverage perhubungan kita

mengakibatkan masalah talian kasih sayang dan kepercayaan antara kita tidak jelas dan samar-samar.Kadang-kadang terus terputus ibarat sudah kehabisan talian hayat.

Aku. mahu redeem dan topup kembali kegembiraan dan kasih sayang yang lampau.

Walaupun coverage sering terganggu, namun aku percaya aku masih mampu.

Kerana aku mahu

..

kamu.

|| Sekadar mimpi ||


Sejak dua menjak ni aku asyik bermimpikan akan seseorang.

aku tidak pasti siapakah dia.

dia adalah gadis.

Gadis. Pelik sungguh.

Semalam kami bertemu di jeti.Di sebuah pulau.

Aku kenal pulau itu.

Cantik.

Kami berbual-bual. Dan menyatakan cinta.

...!

Aku terbangun.

Terkejut.

...

teruja.

Ia sekadar mimpi.

Mimpi sweet giler..

haha.


|| "Rezza..." ||


"sudah-sudah lah tu..."

"Be a big boy dear..."

"Be good please?"


- anonymous

|| WMS - Waa Memang Sakit... ||


No plat kereta ku WMS ***

Kereta berjenama perodua kelisa 1000cc dengan 5 kelajuan manual buatan malaysia
sebelum ini macam-macam nama timangan aku dan rakan-rakan aku bagi
bersempena dengan no plat kereta ku itu - WMS
Wa-Memang-Stylo
Wa-Mat-Salleh
Wa-Menggemari-Seks
Wa-Minyak-Sapi
Wa-Mat-Single
Wa-Mau-Syabu
dan bermacam-macam lagi nama yang diberi..

Tapi sebentar tadi kira-kira jam 5.30 petang aku terlibat dalam kemalangan di lebuhraya Kajang-Puchong sewaktu dalam perjalanan dari cyberjaya menuju ke Uniten Bangi. Hujan yang mencurah-curah tak ingat punya menyebabkan penglihatan yang amat limited namun disebabkan kelewatan untuk bertemu seseorang di Uniten, aku terpaksa memecut lebih dari had kelajuan ketika hujan lebat (ada ke?) , lalu pabila tiba di satu selekoh meneruni bukit di highway berkenaan kereta aku tidak dapat dikawal akibat fenomena apungan kereta disebabkan air yang bertakung di atas jalan raya ditambah pula dengan kelajuan yang tidak munasabah ketika hujan, menyebabkan kejadian itu berlaku. Aku cuba sedaya upaya untuk mengawal tetapi kereta ku terus "diapungkan" dan "dihanyutkan" hingga akhirnya mencium divider jalan belah kanan.

Banggg.

Adoyaiii.

Agak kuat hentakan bumper dan makguard belah depan kanan kereta ku ke divider jalan itu. Lantas aku pasang hazard light. Aku keluar kereta.

Wow boleh tahan kemiknya.


Aku masuk ke kereta balik.


Aku pasrah.


Aku mencarut kejap.


Aku maki stering kereta kejap.


Aku bakar rokok sebatang.


Aku relax kejap.


Aku mengeluh.


Aku redha.


Aku redha.


Aku redha.

Lantas aku tutup hazard light.
Aku bagi signal kiri.
Aku tekan pedal minyak slow2
dan meneruskan perjalanan.

Dalam hati...
kesian kereta aku.
comot.kemik.
WMS...
Waa-Memang-Sakit


Aku redha.


p/s- note to lisa/c.su, don't tell mama about this ok. i'm fine ;p


|| Masih relevankah... ||

Masih relevankah nasi lemak panas kegemaran ku di terminal cyberjaya pada waktu ini.
Berbumbungkan awan gelap yang memenuhi disegenap penjuru angkasa cyberjaya meresahkan diri samada perlu berlari ke kereta atau lepak saya di meja plastik library hingga air jirusan tuhan berhenti atau slow down buat seketika. Relevankah?

|| Aku rasa.. ||

Aku rasa
aku ni terlalu banyak berfikir...
itu yang membuatkan kekusutan melanda...
mana tak nya...
usia baru sjh 23...muka dah macam umur 28..
ni lah akibatnya..
berfikir...

berfikir...

berfikir ni bagus...
tapi tak bagus jika tak tahu bila dan mana perlu berehat
dan berhenti...

berfikir...
kalau kesemua benda yang aku fikir menjadi tak apa...
ini aku rasa out of 10 benda yang aku fikir, cuma 3 atau 4 sahaja kebiasaannya yang menjadi
yang dibuat
yang dihabiskan
yang disubmit
dan bermacam di...kan lagi...
contohnya..
contoh ok.

berfikir...
rasional...
concern...
alert...

betullah...
aku rasa
aku perlu berehat.
aku nak manage balik.
aku harus.
haih..

|| Apakah aku dan dia boleh? ||


Kami dah lama bersama
tapi apakah aku dan dia boleh
bersama
selamanya.

Persoalan masa,
selama mana.

Persoalan cinta,
setahan mana.

Persoalan rindu,
sebanyak mana.

Persoalan bosan,
sekerap mana.

Persoalan jujur,
setinggi mana.

Persoalan percaya,
sejauh mana.

Persoalannya,
Aku mahu dia kerna cinta,
ataupun mahu dia kerna lama.



......



Kami dah lama bersama.
Terima kasih.
Sama-sama.
Selamanya.

|| Kadang-kadang.. ||


Kadang-kadang..

aku toleh ke belakang
menjenguk memori silam
menyingkap kisah kelam
kelihatan dosa seram
pahala nampak suram

Kadang-kadang..
aku pusing ke belakang
mencungkil kesilapan
punca empunya badan
bercampur bisikan setan
hingga terlupa daratan
terpesong jauh ke selatan

Kadang-kadang..
aku menghadap ke depan
mencari kiblat kehidupan
menerokai sinar harapan
namun semangat kurang
lantas masih terkebelakang

Kadang-kadang..


Aku elok kena tendang.


Tora dan Dendang?